SOHONITA
Malaysia
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kita bertemu
lagi wahai pembaca blog kesayangan. Dah makan? Dah minum? Hehe. Alhamdulillah.
Sambil-sambil rehat tu, boleh lah baca blog Teacher Nisa ni ya. Terima kasih.
Media Sosial Sumber Pendapatan Online
Jana Pendapatan Online Dari Rumah
Data Tentang Peluang Bisnes Online di Media Sosial
Ada ke
kalangan pembaca blog ni yang sebenarnya adalah seorang Sohonita? Atau ada
tercuit rasa nak jadi Sohonita? Ok, kita kupas lebih skit topik ni. Siapa Sohonita?
Boleh ke aku nak jadi Sohonita? Apa ciri-ciri Sohonita? Macam mana nak jadi
Sohonita?
1. SIAPA? Siapa-siapa
pun boleh bergelar Sohonita, asalkan dia seorang wanita dan buat bisnes dari
rumah. Tak ada opis atau kedai. Cukup dengan ada meja kerja comel kat rumah tu.
Kalau baru nak berjinak-jinak buat bisnes ni, elok lah secara part time dulu.
Nanti dah mahir dan berpotensi berkembang maju, kita cerita lain le kan. Hehe. Oh
ya, lelaki pun boleh dan memang dah ramai jugak sebenarnya, tapi kena reka nama
lain kot. Sohomen? Soho Maskulin? Hehe.
2. BOLEH KE?
Boleh sangat wahai adik akak acik semua. Ramai dah wanita yang buat bisnes dari
rumah ni, cuma ada yang tak pakai gelaran Sohonita ni, mungkin sebab diorang
tak tahu, bahawasanya mereka adalah Sohonita Malaysia!
3. APA
CIRI-CIRINYA? Kuat! Ya, kuat! Jiwa kental orang kata. Nak bergelar Sohonita
memang mudah, namun nak maintain dia terletak pada kekuatan diri sendiri,
dalaman dan luaran. Semua orang bole buat bisnes, tapi tak semua orang kuat.
Mentor Bisnes Nisa cakap, cabaran dunia bisnes ni ada macam-macam. Memang dari
pengalaman Nisa yang masih hijau ni, cabaran bisnes ni dalam berbagai bentuk.
Tu sebab sebelum masuk dunia bisnes, niat kena betul dulu. Kerana Allah. Kerana
~ nak tolong servis/berkhidmat kepada orang/komuniti/masyarakat, nak tolong selesaikan
masalah orang dengan barangan jualan kita. Kerana ~ nak tolong orang lain
berjaya jugak dalam bisnes. Pendek kata, ALLAH di depan, then orang lain/masyarakat.
Last sekali baru diri kita sendiri. Kenapa macam tu? Sebabnya…pesan Mentor
Nisa, sebaik-baik manusia adalah manusia yang berguna kepada orang lain. Dalam
Islam pun cakap menda yang sama. Bila kita dah buat semua usaha, secara
automatik Allah akan beri kita nikmat yang berlipat ganda. InshaAllah. Yakinlah
dengan rezeki Allah.
4. HOW? CAMNE
NAK JADI SOHONITA? Research. Kaji. Topup Ilmu Bisnes. Nak kaji pasal apa? Pasal
a) Kekuatan diri sendiri b) Produk apa yang kita nak jual dan c) Kekuatan
syarikat yang mengeluarkan produk yang kita nak jual tu. Tiga faktor ni sangat
penting sebagai panduan kita sepanjang journey bisnes kita. Ramai yang tak
berapa nak kaji dan main hentam je buat bisnes. Ada jugak yang ikut-ikut orang,
tak tetap pendirian dan ikut trend semasa. Kita nak buat bisnes ni, nak bertahan
lama, nak ada peningkatan dalam bisnes dan life, nak ada kepuasan dalam
berniaga, baru lah best kan. Kiranya, woiii jangan main-main, buat betul-betul.
Buat dan buat dan buat! Sekarang ni ilmu di hujung jari pun banyak. Banyak
e-book bisnes PERCUMA kat internet. Ada masa terluang je, topup ilmu bisnes
sebanyak mungkin. Lagi bagus adalah join Ilmu Bisnes Bermentor. Pergi kelas
bisnes. Pergi kursus. Pergi seminar. Join group-group bisnes. Sekarang pun dah
banyak kelas & group bisnes PERCUMA!
Kursus Dan Seminar PERCUMA
Ok, kalau ada
yang tanya, penting sangat ke Sohonita ni? YA! SANGAT PENTING! Hehe, Nisa bukan
marah ni taw. Saja kasi highlight. Kalau uolls nak tahu, kuasa membeli di dunia
ni adalah WANITA! Ya, kita wanita. Kalau tak percaya, uolls bole buat kajian
sendiri. Bukan bermaksud kaum lelaki ni tak shopping, tapi kalau sebut shopping/membeli
belah, memang WANITA kan? Alaaa…macam bolasepak, sebut je bolasepak, memang
lelaki le kan. Haa, macam tu ler.
Bila kuasa
membeli adalah WANITA, sewajarnya lah kita sebagai wanita, menyediakan platform
untuk kaum hawa kita shopping. Tak gitu? Lebih selesa sesama wanita, lebih
faham tentang wanita dan sebagainya. Kalau nak tahu, tahun 2013, SOHONITA
Malaysia telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, yang diterajui oleh Dato’ Sri
Shahrizat Abdul Jalil. Jadi, terbukti Sohonita Malaysia sudah menjana
pendapatan juta2 sehingga kerajaan kita pun support dengan kerja-kerja
usahawan-usahawan wanita kita. Chaiyok chaiyok!
Ok, Nisa nak
perkenalkan IKON SOHONITA Malaysia kita adalah…Salha Zain! Anugerah Ikon
Sohonita Malaysia telah disampaikan sendiri oleh Dato’ Shahrizat kepada beliau
dalam satu upacara dan majlis pelancaran yang istimewa. Suatu pengiktirafan
besar kepada someone yang asalnya hanya seorang surirumah, yang buat bisnes dari
rumah, sehingga berjaya menjadi Ikon Jutawan dalam masa 3 tahun! Setaraf dengan
Irfan Khairi yang femes tu. Beliau pun ada buat seminar dengan Irfan Khairi.
Pernah muncul kat TV dan majalah/suratkhabar dan sebagainya. Super hebat kan? Salha
Zain juga adalah peneraju Team Top Leaders Circle, yang mempunyai misi dan
wawasan untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita, Sohonita Malaysia!
Transformasi Salha Zain
Salha Zain Di Media
Majlis Pelancaran Bazaar Sohonita Malaysia
Salha Zain dan Irfan Khairi
The Iron Ladies Of Top Leaders Circle
Nisa sangat bersyukur
dan happy sebab Nisa pun buat bisnes bersama Team Top Leaders Circle ni. Team Top
Leaders Circle (TLC) ada sistem dan kaedah Bisnes Bermentor yang cukup mantap
serta penuh dengan strategi supaya kita lebih berjaya dalam bisnes. Boleh
dikatakan hampir 80% ahli TLC adalah wanita dan kami memang dah macam keluarga
yang besar.
Keluarga Besar TLC
Geng TLC Nisa ~ Student, Guru, Jururawat, Surirumah
Personal Coaching Bersama Mentor CDM Kak Dayah
Bincang Bisnes dengan Mentor Anis
Di kalangan kitorang, ramai yang masih berjawatan tetap dan hakiki
seperti guru, jururawat, doktor, engineer dan sebagainya. Ramai juga dari
kalangan student & surirumah. Dari segi umur pulak, ada yang semuda 16
tahun sehingga lah 60 tahun! Nisa dapat jugak berkenalan skit masa Hari Anugerah
tempohari. Bayangkan dari umur 16 - 60 tahun, naik pentas terima anugerah.
Pencapaian peribadi yang patut dibanggakan! Dan pengiktirafan dari syarikat
yang bagus untuk motivasi bisnes.
Begitulah
topik kita hari ini tentang usahawan wanita dari rumah @ Sohonita. Suatu bidang
yang penuh dengan kepuasan, pahit manis serta cabaran tersendiri. Jika uolls
ada tercuit rasa macam nak buat bisnes online, boleh lah contact Nisa. Whatsapp
Nisa +601139116790.
InshaAllah
Nisa akan bantu. Mentor-mentor TLC pun akan bantu. Sampai kita semua berjaya!
Segala modul dan panduan cara buat bisnes online adalah PERCUMA. Kelas bisnes
PERCUMA. Personal Coaching (Panduan Secara Peribadi 1-to-1) PERCUMA. Dan banyak
lagi lah. Kiranya semua FREE FREE FREE lah hehe. Tinggal semangat dan usaha
dari diri kita sendiri je. InshaAllah, macam Maher Zain nyanyi tu, jika inilah
jalannya, inshaAllah pasti Allah akan permudahkan. Amiin.
Ok para pembaca
semua, Nisa dah kering idea nak tulis ni. Hehe. Kita nak undur diri dulu ya
wahai para Sohonita dan bakal Sohonita sekelian. Tak lupa jugak Sohomen kita
hehe. Jangan lupa contact Nisa ok. Nisa akhiri dengan pesanan, Majulah Sohonita
Untuk Negara :-)
Terima Kasih
sebab sudi baca blog entry kali ni ya! Jumpa lagi! Tata! Wasalam
Whatsapp/Call/SMS Nisa
+601139116790