Blog Teacher
Nisa
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat
Datang & Welcome to Blog Teacher Nisa. Hugs & Love from Melaka
Bandaraya Bersejarah, Malaysia :-)
Apa khabar
pembaca blog semua? Harapan Nisa agar semuanya sentiasa sihat & ceria lah
ya. Nisa nerves skit ni sebab first time berblogging secara rasminya hehe. Ada
ke idea nak tulis ni? Hehe. InshaAllah. Hope uolls enjoy membaca tulisan Nisa
& moga blog ni ada memberi manfaat, tak banyak…skit pun jadi lah ya.
InshaAllah. Amiin.
Ok, sebelum
bercerita panjang, izinkan Nisa buat sesi pengenalan skit ya. Nama penuh Siti
Khairunnisa bt. Asmuni. Nisa berumur 25 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak.
Berkahwin pada tahun 2014 dan kini menetap di Jasin, Melaka. Nisa juga kiranya
adalah ibu muda (muda kerrr?...huhu) kepada baby boy bernama Naqeeb. Selain
sebagai isteri dan ibu, Nisa adalah seorang guru Bahasa Inggeris sekolah rendah
di Jasin, Melaka. Dulu Nisa study di maktab perguruan Kelantan. Syukur Alhamdulillah,
berkeluarga dan berkerjaya, segalanya adalah nikmat dan rezeki dari Allah swt.
Kalau sebut
pasal kerjaya, selain mengajar di sekolah, Nisa jugak buat bisnes online secara
part time. Tahun 2016 ni, Nisa mula berjinak-jinak buat bisnes online di
Facebook & Instagram. Sebenarnya Nisa sangat terinspirasi tengok kawan-kawan
di maktab dulu. Ramai yang buat bisnes online ni secara part time.
Ada yang jual
makanan, barangan mekap & pakaian. Diorang kata nak cari duit poket lebih
gitu. Ya lah kan, zaman sekarang ni zaman duit kot. Zaman ni jugak, zaman tekan-tekan
handphone sebab majoriti kita memang pakai handphone. Daripada buang masa 24jam
layan Facebook, Instagram, Youtube, dll, takdak hasil, lebih baik berniaga kata
kawan-kawan Nisa tu. Pap!!! Setepek kena kat dahi Nisa ni! Setuju sangat dengan
pendapat diorang. Lagipun time muda banyak tenaga ni lah kita kena bijak cari
duit. Pap!!! Setepek lagi kena. Adusss. Hehe.
Jadi, lepas habis maktab, Nisa pun nak cuba lah. Mula-mula Nisa jadi pembeli je dulu hehe. Ya lah, nak tahu jugak macam mana rasanya beli barang online ni. Memang senang giler! Duduk rumah diam-diam, pilih barang, bayar online atau masuk duit kat mesin ATM tu, pastu barang terus sampai depan rumah kita. Best sangat! Patutlah ramai yang suka beli online ni. Nisa dengar bisnes online ni dah jana pendapatan juta2 million billion wo. Ntah berapa la yang tepatnya kan tapi memang banyak kot. All around the world la kan. Fuhhh!
Our Precious Naqeeb
Dipendekkan cerita, Naqeeb pun lahir pada Ogos 2015. Nisa mula pikir nak bisnes apa ni ek? Tapi Nisa & hubby fokus kat Naqeeb dulu sebab dia baby down syndrome, anak syurga, bunga syurga, anak istimewa anugerah Illahi. Keluar masuk hospital jugak masa baru-baru lahir sebab ada komplikasi. Syukur Alhamdulillah, dah setahun, berkat doa semua dan kasih saying Allah, Naqeeb semakin sihat & kuat. Strong boy betul Naqeeb ni. InshaAllah nanti Nisa buat blog entry pasal Naqeeb & down syndrome secara umumnya.
Naqeeb and friends
Apa yang Nisa
belajar, down syndrome is not scary atau menakutkan. Cuma berbeza cara
pendekatan kita terhadap tumbesaran diorang camtu. Yang pasti, diorang ni
memang comel lain macam! Hehe. Naqeeb pun dah ramai kawan-kawan baru kat
Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka. Alhamdulillah sangat.
So, awal tahun
2016, Nisa pun mula buat bisnes online secara part time dengan menjual barangan
mekap, kecantikan & pakaian. Semuanya Nisa start dengan jadi agen dropship.
Maknanya, kita tak perlu modal besar dan tak perlu simpan stok barang. Kita
buat marketing/pemasaran di Facebook & Instagram, ambil order customer dan
pass kepada stokis/seller/leader. Diorang yang akan pos kepada customer. Senang
kan?
Syukur sangat
tak lama lepas tu, jualan pun makin banyak dan Nisa naik pangkat! Hehe. Nisa
dapat jadi stokis. Bila jadi stokis, kita dah kena simpan barang & kita
jadi leader pulak untuk dropship bawah kita camtu. Nisa akan ambil order dari
dropship dan pos kepada customer diorang. Mujur juga POS Malaysia kat depan
rumah ni je. Tak berpeluh lah kiranya kalau jalan kaki pun hehe. Ada juga yang
COD dan kadang-kadang selain Poslaju, Nisa pakai servis Skynet.
Begitulah serba sedikit tentang life Nisa. Rasa happy buat bisnes online, serving the nation with great products and at the same fulfilling life with Second Income. Alhamdulillah. Life Is Beautiful. Hehe terspeaking pulok. Bukan apa, Mentor Bisnes Nisa cakap, bila kita bisnes ni, kita tolong orang sebenarnya. Macam restoran contohnya, restoran tu tolong orang yang tak masak kat rumah, dengan mengisi perut pelanggan dengan makanan di restoran mereka camtu. Tu sebab setiap restoran kena masak betul-betul dan dari hati, sebab semua ni kira ibadah dan ada pahala. Sama jugak dengan apa jenis bisnes pun. Kena betulkan niat bisnes kita, inshaAllah dipermudahkanNYA.
Pasal Second
Income pulak, Income Kedua orang kata, Nisa bersyukur sebab dapat buat saving,
simpanan, bole melancong dengan family, dan sebagainya. Kiranya bila ada Income
Kedua ni, tak kalut sangat nak pikir tentang hal-hal yang berkaitan duit,
terutamanya bila tengah bulan. Lepas tu yang lagi best, kalau kita usaha lagi
banyak, buat jualan lagi banyak, maka Income Kedua pun makin banyak. Haa gituh.
Oh ya, InshaAllah nanti Nisa buat blog entry pasal dapat Anugerah Jualan Tinggi
tuhari ok. Alhamdulillah.
Baiklah,
rasanya dah banyak dah Nisa bercerita ni. Harap uolls tak boring ok hehe. Oleh
kerana ini first blog entry, uolls bole follow dulu Facebook & Instagram
Nisa ok. Link nya ada kat tepi-tepi page ni. Masih banyak lagi Nisa nak belajar
selok belok dunia blogging ni. Kalau uolls ada blog, boleh lah PM Nisa atau
komen kat bawah ni, untuk Nisa follow blog uolls ok. InshaAllah, sama2 kita memeriahkan
dunia blog ni hehe :-)
Terima kasih sebab
sudi baca first blog entry ni ya! Jumpa lagi! Tata! Wasalam.
Whatsapp/Call/SMS Nisa
+601139116790
No comments:
Post a Comment