Soalan LAZIM Mengenai Magic Cloth Premium Beautiful
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hello
beautiful readers semua! Blog entry kali ni Nisa nak share beberapa Soalan
LAZIM mengenai Premium Beautiful. Jika uolls ada sebarang persoalan lain, jangan ragu
untuk hubungi Nisa ok. Jom kita baca jom :-)
1. Adakah
pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan
seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Premium
Beautiful diperbuat daripada fabrik berteknologi tinggi Akwatek & Akwadyne dan lace berbunga.
Ia turut disulami dengan gelombang cahaya FIR (Far Infrared Ray - infra merah
jarak jauh). Kedua faktor ini direka khas berdasarkan kajian dalam bidang
kesihatan & ergonomik tubuh badan manusia.
Premium
Beautiful sangat membantu dalam melancarkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Malah ia turut mendetoks badan kita, buang segala toksin-toksin, agar tubuh kita terus sihat.
Fabriknya
mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian
seharian.
Oleh itu, pemakaian
Premium Beautiful TIDAK akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah
seseorang, malah YA, pemakaian yang konsisten dapat menghasilkan kontur
badan yang menarik dan ideal, bersesuaian dengan SHAPE bentuk badan setiap individu.
2. Adakah
pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
TIDAK. Premium
Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik
Akwatek & Akwadyne. Ia memiliki kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan
sesuai untuk pemakaian seharian. Kehebatan fabrik ini ialah ia akan
menyesuaikan dirinya mengikut pH tubuh badan seseorang secara automatik dan optimum!
Maka,
pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa
panas, malah anda akan berasa selesa. Jika cuaca dingin/sejuk pula, ia akan
menyesuaikan dirinya agar tidak turut menjadi dingin/sejuk, sebaliknya ia akan
menghangatkan tubuh kita seolah-olah seperti rasa dipeluk.
3. Sekiranya
kita ingin memakai Premium Beautiful selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai
untuk mendapatkan ukuran badan?
Ibu-ibu
mengandung digalakkan membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga ke-7 semasa
mengandung. Ini kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih
kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan
semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga ke-7. Maka, perbezaan ukuran
badan adalah tidak besar. Sila lihat contoh gambar di bawah.
Bagi mereka
yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada
hari ke-3 selepas bersalin.
Bagi mereka
yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas
7-10 hari selepas bersalin.
Bagi mereka
yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira
selepas 10-14 hari selepas bersalin. Ini bagi memastikan luka pembedahan telah
kering.
Masa keemasan
bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa 6 bulan
pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam
masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah
turut dapat mengembalikan rahim ke tempat asal.
4. Berapa
lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian
pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini merupakan satu proses
yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasilnya sejurus selepas memakainya,
iaitu apa yang kita panggil Instant Shaping. Ini hanyalah fasa alihan lemak
berlebihan secara sementara sahaja. Untuk mengalih serta menghapuskan lemak dan
seterusnya mengekalkan bentuk badan ideal, anda perlu memakainya secara
konsisten selama 8 jam sehari, selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan tubuh badan
anda.
Pada bulan
pertama, lemak akan mula beralih.
3 bulan
kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya.
6 bulan
kemudian, lemak akan kekal di tempat asal.
Bagi mereka
yang mula-mula memakai Premium Beautiful, biasanya mereka mudah berasa ketat dan mungkin
agak tidak selesa, di mana pada hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh
penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
5. Adakah
Long Brassiere harus dipakai bersama dengan Long Girdle dan Waist Nipper?
YA. Inilah yang terbaik. Long
Brassiere dan Long Girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan
badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada,
pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan.
Bagi Waist Nipper
pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada
dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda
memakai pakaian yang ketat, Waist Nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara
Long Bra dan Long Girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya
memperbetulkan postur badan.
Maka, mereka
yang memakai serentak Long Bra, Waist Nipper dan Long Girdle, akan dapat membentuk
kontur badan yang menarik. Inilah tujuan sebenar penciptaan korset pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful.
6. Adakah
pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan
menggelebeh?
YA. Payudara yang
kendur mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang
(masalah yang kerap berlaku pada kaum wanita yang telah bersalin).
Premium Beautiful direka khas mempunyai 3 keping jahitan cup coli berstereoskopik yang
dapat menampung payudara agar ia kembali anjal, seterusnya kembali ke bentuk & posisi ideal,
meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan
menggelebeh.
7. Apakah
pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful dapat menampung
payudara yang terlalu besar dan tidak menyebabkannya melimpah keluar?
YA. Premium
Beautiful sangat disyorkan bagi mereka yang mempunyai payudara besar. Ia mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli
dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang
dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan
yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat
menampung payudara besar dengan sepenuhnya dan tidak melimpah keluar.
Baiklah, jika
ada kalangan uolls yang masih belum clear atau ada apa-apa soalan mengenai Cik
Magic ni, terus je Whatsapp Nisa ok. InshaAllah kita sama-sama share ilmu
berkenaan khasiat & keberkesanan Premium Beautiful ni. Biasanya masa Free
Fitting & Consultation dengan customer, memang lagi banyak lah yang
kitorang share sama-sama. Semuanya demi untuk kesihatan & kesejahteraan
kita semua juga. Alhamdulillah.
Ok, sekian lah
dulu untuk kali ni, Terima Kasih ya sudi singgah blog Teacher Nisa ni. Muahhh!.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment